Copyright 2024 - Custom text here

 

 

Bismillahirahmanirahim

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

 

     Selamat datang saya ucapkan kepada anda semua ke Laman Web Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw).

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada unit ICT KMSw kerana telah berjaya menghasilkan Laman Web Rasmi Kolej. Laman Web ini  bertujuan untuk memperkenalkan KMSw di samping untuk menyampaikan maklumat terkini program Matrikulasi dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

KMSw ditubuhkan pada tahun 2013, dan merupakan kolej matrikulasi yang ke 15 di seluruh Malaysia di bawah kelolaan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehingga kini KMSw masih beroperasi di Sekolah Menengah Teknik Sejingkat (SMTS) sehinggalah kampus tetap KMSw yang dirancang dapat disiapkan. Buat masa ini, KMSw hanya menawarkan jurusan Sains sahaja iatu aliran Sains Hayat, Sains Fizikal, dan Sains Komputer untuk pengajian sepenuh masa dua semester.

Visi KMSw adalah sejajar dengan visi Program Matrikulasi KPM iaitu penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi, dan professional; manakala misi KMSw adalah untuk membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi, dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

Bagi mencapai visi dan misi tersebut, KMSw sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini melalui jalinan kerjasama yang erat dengan agensi-agensi dan pihak berkepentingan. Kami turut melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan sahsiah dan kemenjadian diri pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Pelajar dan Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial. Dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi serta diadun dengan nilai-nilai insaniah kami berharap pelajar KMSw dapat memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi yang berkelayakan memasuki kursus-kursus terpilih di universiti dalam dan luar negara.

Saya juga sangat berbesar hati kerana pihak KMSw telah berjaya menyediakan Plan Strategik KMSw 2019-2023 yang jelas dan lengkap sebagai standard rujukan utama hala tuju kolej yang baru dimuatkan di dalam Laman Web ini. Akhir sekali, semoga maklumat yang diperoleh melalui Laman Web ini dapat memberi info yang berguna kepada semua pihak yang berkepentingan.

 

Sekian, terima kasih.

     

KHAIRUDIN BIN NOZARI

PENGARAH

KOLEJ MATRIKULASI SARAWAK

f t g m

Hubungi Kami :

Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia
Lot 216, Fasa ll, Taman Perindustrian Sejingkat
Lorong Demak Indah 5A1
93050 Kuching, Sarawak
 
TELEFON
082 - 439 100
 
FAX
082 - 433 108
 
EMAIL

GPS
LATITUDE : 1.600
LONGITUDE : 110.429

Media Sosial

KMSW.tv
matriks.sarawak
 

Penafian

Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.Hakcipta Terpelihara © 2018. Kolej Matrikulasi Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia

CoalaWeb Traffic

Today18
This week155
This month685
Total94884

Visitor Info

  • IP: 3.23.101.41
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:

1
Online

Friday, 26 April 2024