LATAR BELAKANG
Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Kolej Matrikulasi Sarawak adalah dibawah naungan Jabatan Pengurusan Pelajar (JPP). Buat masa ini UBK diketuai oleh pegawai kaunseling bagi menguruskan segala program dan aktiviti pelajar.
Dengan fasiliti yang terhad UBK masih mampu mengendalikan program dan aktiviti bagi membantu pelajar dalam merealisasikan matlamat mereka.
MATLAMAT
UBK mempunyai matlamat untuk membantu setiap pelajar matrikulasi dari aspek pembinaan sahsiah, akademik, emosi dan mental sepanjang berada dibawah bumbung kolej matrikulasi. UBK juga berhasrat membantu meningkatkan dan memperkasakan prestasi pelajar melalui program dan aktiviti yang mencabar minda dan emosi mereka agar lebih bersedia apabila keluar dari kolej ini nanti.