Copyright 2019 - Custom text here

Kerja-kerja awal ubahsuai naik taraf (USNT) Sekolah Menengah Teknik Sejingkat (SMTS) dan pembinaan blok baru untuk pengoperasian Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) telah bermula pada bulan Oktober 2012. KMSw telah memulakan  operasi  pada bulan Mei 2013 iaitu sesi pengajian akademik 2013/2014. Kampus sementara KMSw berkongsi premis dan kemudahan dengan SMTS sehingga kampus tetap KMSw disiapkan.

Lokasi kampus sementara KMSw ialah 12 km dari PPD dan 30 km dari Bandaraya Kuching Sarawak serta terletak di kawasan perindusterian Sejingkat. Kedudukannya berhampiran dengan beberapa institusi pendidikan seperti IPG, Politeknik, Universiti Malaysia Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dijangka dapat meningkatkan lagi hubungan jalinan kerjasama smart partnership dalam kalangan institusi pendidikan setempat. Kolej ini yang ditubuhkan pada akhir 2012 adalah merupakan kolej matrikulasi ke 15 di seluruh Malaysia di bawah kelolaan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. KMSw pada awalnya dijangka boleh menempatkan 200 orang pelajar secara full board di dua blok kediaman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan pelajar, bilik bacaan dan bilik rekreasi. Di blok kediaman pelajar, terdapat kafeteria yang memberi perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelajar. Dalam melaksanakan proses pengajaran di peringkat awal, terdapat tiga buah Bilik Kuliah yang dilengkapi dengan peralatan ict dan boleh memuatkan 90 orang pelajar, enam buah bilik tutoran, tiga buah makamal sains, sebuah makmal komputer serta pusat sumber untuk pelajar membuat rujukan. KMSw akan sentiasa komited bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan terus dipertingkatkan demi menjamin kecemerlangan pelajarnya."Menjulang Kecemerlangan"

f t g m

Hubungi Kami :

Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia
Lot 216, Fasa ll, Taman Perindustrian Sejingkat
Lorong Demak Indah 5A1
93050 Kuching, Sarawak
 
TELEFON
082 - 439 100
 
FAX
082 - 439 108
 
EMAIL

GPS
LATITUDE : 1.600
LONGITUDE : 110.429

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulingan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Penafian

Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

Hakcipta Terpelihara © 2018. Kolej Matrikulasi Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia

CoalaWeb Traffic

Today51
This week528
This month1322
Total17100

Visitor Info

  • IP: 34.204.191.31
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:

1
Online

Sunday, 20 October 2019