Kami warga Kolej Matrikulasi Sarawak dengan penuh tekad, beriltizam dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk :
-
Memastikan sistem pentadbiran dan pengurusan kolej yang efisyen dan efektif selaras dengan kehendak pelanggan kami.
-
Memastikan pelajar lulusan kolej kami mempunyai kelayakan untuk memasuki kursus-kursus terpilih di universiti dalam dan luar negara.
-
Memastikan kemudahan asrama berada dalam keadaan yang lengkap dan kondusif.
-
Memastikan dewan kuliah, bilik tutoran, makmal, pusat sumber dan peralatan pengajaran dan pembelajaran mencukupi serta berada dalam keadaan sempurna setiap kali ia perlu digunakan.
-
Memastikan supaya semua pelawat yang berkunjung ditemukan dengan pegawai berkenaan dalam tempoh lima belas(15) minit.
-
Mengambil tindakan serta merta membantu pelajar yang menghadapi masalah kesihatan, peribadi dan gangguan emosi.