PENGENALAN
Unit Kimia Kolej Matrikulasi Sarawak mula beroperasi pada 26 Mei 2013 sempena pendaftaran pertama pelajar sesi 2013/2014. Unit Kimia berjaya mendidik pelajar memahami konsep kimia dan telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Semester 1 (PSPM 1) iaitu 100% lulus. Harapan Unit Kimia selepas ini ialah berupaya mendidik pelajar dan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam subjek kimia.
MISI
1. Meningkatkan keilmuan dan kefahaman pelajar dalam mempelajari konsep kimia
2. Menggalakkan pelajar mencabar diri dalam mengejar ilmu agar dapat mengembangkan potensi diri yang cemerlang
3. Menggalakkan pelajar berfikir secara global dan menyeluruh tanpa mengabaikan etika dan nilai-nilai murni
VISI
Unit Kimia Kolej Matrikulasi Sarawak menjadi unit yang unggul dalam melahirkan pelajar cemerlang bertaraf global serta berdaya saing dan beretika.