MENU PILIHAN BAHASA

msen

MENU PILIHAN OKU

MUAT TURUN DOKUMEN

 Boleh diakses oleh staf KMSw sahaja Koleksi Borang     

 Modul e-Prestasi 

Boleh diakses oleh staf KMSw sahaja 

DOKUMEN ONLINE

 Bahan PLC  

 Dokumen Pengecualian 

      (Kuliah/Tutoran/Amali)

Boleh diakses oleh staf KMSw sahaja 

Ucapan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, hasrat untuk mewujudkan Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) bagi tujuan membuka lebih ruang dan peluang kepada pelajar untuk mendapat pendidikan pra-universiti dalam menjayakan Dasar Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia yang memberi penekanan kepada Demokrasi Dalam Pendidikan.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah salah satu saluran untuk menyediakan pelajar-pelajar lepasan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memasuki kursus-kursus ijazah di universiti-universiti tempatan dan luar negara. Untuk menyediakan pelajar kepada tahap yang berkualiti tinggi dari segi pencapaian dan sahsiah serta menepati standard semasa, proses pengajaran dan pembelajaran perlu menggunakan sistem berteknologi secara optima serta efektif yang selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020.

Dunia kini telah memasuki satu zaman di mana ilmu pengetahuan dan maklumat merupakan aset yang penting. Maklumat dan pengetahuan telah menjadi satu komuditi yang semakin penting dalam menentukan tahap kemajuan dan daya saing setiap individu mahupun organisasi.

Segala pengetahuan yang diperolehi di Kolej Matrikulasi Sarawak membolehkan pelajar mempunyai daya saing dan sentiasa sedar serta  bersedia dengan jangkaan perubahan keadaan di masa hadapan. Bagi menyediakan pelajar-pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman, yang menjadi aset kepada diri pelajar, peluang diberikan kepada mereka dengan menyediakan sistem pembelajaran yang efektif secara optima.

Dalam kita mengejar matlamat membentuk sebuah masyarakat yang cemerlang, perlu diingat kecemerlangan individu bukan hanya terletak kepada pencapaian akademik yang tinggi semata-mata tetapi termasuk juga perkembangan sahsiah ke arah pembentukan watak agar penampilan diri individu tersebut dapat diterima masyarakat sejagat. Sesungguhnya penampilan diri setiap individu sangat penting dalam meningkatkan imej organisasi tempat kerja, negara dan juga hubungan antarabangsa. Membangunkan individu yang mencerminkan ciri-ciri keperibadian dan peradaban serta semangat mental (mental-enthusiasm) yang bersesuaian (dalam konteks negara Malaysia dan di peringkat Antarabangsa) ke arah merealisasikan wawasan negara.

Atas kesedaran inilah maka kami, warga Kolej Matrikulasi Sarawak berusaha bersungguh-sungguh mematuhi saranan demi saranan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Matrikulasi selaku penaung Program Matrikulasi untuk menjayakan Program Matrikulasi bagi melahirkan generasi pelajar berilmu, berwawasan dan berdaya saing dalam semua bidang demi membantu kerajaan mencapai kemajuan Negara. Kami sedar bahawa kejayaan dalam proses pendidikan memerlukan kepekaan semua pihak termasuklah pensyarah, pelajar, waris pelajar dan pihak-pihak yang berkepentingan.

Akhir kata, saya bersama-sama warga Kolej Matrikulasi Sarawak beriltizam untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami bagi menyambung proses mendidik para pelajar.Kepada semua pengunjung, diharap laman sesawang ini dapat membantu tuan/puan mengenali kami sebagai warga Kementerian Pendidikan Malaysia, dan mendapatkan informasi terkini mengenai aktiviti di KMSw

Tn Hj Mohamad Yazid Bin Esmail  

Pengarah

Kolej Matrikulasi Sarawak

Kementerian Pendidikan Malaysia