MENU PILIHAN OKU
MUAT TURUN DOKUMEN
DOKUMEN ONLINE
PROGRAM PST
Pelajar yang terlibat dalam PST terdiri daripada pelajar Jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan. Pelajar daripada aliran Sains akan dipecahkan kepada tiga modul. Setiap Modul adalah berdasarkan Jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedua jurusan tersebut digarap dengan mata pelajaran Sains Komputer sebagai tambahan.
KONSEP UMUM
Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) merupakan program persediaan khususnya bagi pelajar bumiputera untuk melayakkan mereka mengikuti kursus tertentu di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, perakaunan dan teknikal di institusi pendidikan tinggi di dalam dan luar negara. Penyusunan kursus pengajian Program Makrikulasi mengambil kira pengetahuan asas pelajar yang diterima masuk dan keperluan bidang tertentu pada peringkat ijazah pertama.
Kurikulum program memberi penekanan kepada aspek akademik dan bukan akademik yang bertujuan menyediakan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.
Struktur pengajian menggunakan sistem semester dan tempoh pengajian untuk melayakkan masuk ke institusi pengajian tinggi adalah dua semester (satu tahun)
CARA MEMOHON
BMKPM mengedar surat hebahan permohonan ke sekolahMEIIklan permohonan : Ahad Minggu ke - 4 bulan Jun |
Pelajar membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) di BSN berharga RM6.00 |
SYARAT KEMASUKAN
Berikut adalah syarat kemasukan untuk Program Satu Tahun (PST)
JURUSAN SAINS : M001
Syarat Am
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari tahun pengambilan
- Calon SPM semasa
- Mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam SPM
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Kimia
- Fizik
- Biologi
C Bahasa MelayuC Bahasa InggerisB MatematikC Matematik TambahanC KimiaC Fizik/Biologi (SALAH SATU)E Sejarah
Kiraan Merit
Mata pelajaran untuk kiraan merit
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Kimia
- Satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
- Fizik/Biologi